Thursday, September 9, 2010

BUDAYA BERPASANGAN / ‘COUPLE’


Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Budaya berpasangan ini atau lebih dikenali sebagai ‘couple’ sudah menjadi trend masyarakat sekarang sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Budaya ini menjadi lebih serius apabila belakunya seks luar nikah dan maksiat.
Budaya berpasangan ini berlaku apabila lelaki dan perempuan berjanji untuk mengikat kasih sayang dan mengikat janji setia. Apa yang berlaku di sini adalah perbuatan mereka yang berpasangan sebelum berkahwin ini mengundang pelbagai masalah dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di khalayak ramai dan menyusahkan pelbagai pihak. Hal ini akan membawa kesan buruk kepada negara apabila pelancong asing melihat perlakuan ini dan menganggap ia adalah budaya dalam negara Malaysia sendiri.
Ramai orang berpendapat bahawa ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kata-kata ini sering kita dengar apabila terjadinya sesuatu masalah. Sebelum masalah yang lebih serius terjadi, kita sebagai masyarakat sekeliling seharusnya bertindak lebih peka dan bertanggungjawab terhadap persekitaran mereka. Masyarakat masa kini lebih mementingkan apa yang ingin mereka kecapi daripada melihat di sekeliling dan untuk mengambil tahu perkara lain. Konsep ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang lain’ tidak seharusnya di budayakan kerana kita sememangnya hidup bermasyarakat dan kita juga perlu mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita.
Ada juga di antara masyarakat lebih menunding jari kepada orang lain tanpa melihat kepada diri sendiri. Apa yang terjadi pada kebiasaannya, mereka yang berada di golongan ini lebih melihat kepada kesalahan orang lain sehinggakan masalah sendiri tidak sedar. Ini menyebabkan mereka sering mengabaikan anak-anak mereka, dan seterusnya mengakibatkan anak-anak akan mencari perhatian di luar.
Faktor-faktor Penyumbang
I.       Sistem Keluarga
James Becker ada menyatakan bahawa ketidakseimbangan fungsi sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mengawal diri mereka dengan yang sempurna. Ibu bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka. Ibu bapa hendaklah menjadi ‘role model’ dan contoh kepada anak-anak sekaligus sebagai perangsang. Hal ini akan mewujudkan suasana harmonis dalam system kekeluargaan. Keluarga merupakan institusi paling asas yang terlibat dalam memberikan pengalaman awal kepada seorang kanak-kanak. Ahli keluarga khasnya ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk kemahiran mengawal diri. Kemahiran mengawal diri memerlukan kefahaman terhadap nilai sosial baik di samping perkara yang salah dan betul dan di sisi peraturan mahupun undang-undang. Apabila ibu bapa memberikan pendedahan awal, anak-anak akan berasa ibu bapa sangat member perhatian dan berasa di sayangi. Hal ini akan mengurangkan kebarangkalian anak-anak mencari individu yang tidak sepatutnya untuk mencari perhatian dan tempat untuk mereka meluahkan perasaan. Namun, dalam dunia pada masa kini berapa ramaikah di antara kita yang memiliki kemahiran keibubapaan ini? Jika kita mempunyai kemahiran ini, adakah kita mempraktikkannya di kalangan anak-anak kita? Bagaimana dengan fungsi keibubapaan yang tidak dijalankan dengan sepatutnya? Misalnya dalam kes ibu tunggal. Ibu tunggal yang bekerja akan kesuntukan kesempatan untuk menurunkan nilai- nilai ini kepada anak-anak. Masalah-masalah inilah yang mendorong anak-anak mereka mula mencari pasangan di luar untuk meluahkan masalah serta terjerumus dalam gejala yang tidak senonoh. Kebanyakkan pasangan ini keluar untuk mencari kasih sayang adalah kerana tidak diberi sepenuh perhatian daripada ibu bapa mereka. Kehendak mereka tidak dipenuhi. Apatah lagi ada di antara institusi keluarga yang mempunyai ramai anak, sudah tentu ada di antara mereka yang berada kecil hati dan berasa tidak disayangi kerana mungkin perhatian ibu bapa berat sebelah dan tidak menitikberatkan pembahagian kasih sayang yang sama rata.
        II. Sistem Masyarakat
Sikap masyarakat sekarang tidak lagi suka menjaga tepi kain oramg lain turut menyumbangkan kepada masalah ini. Kita hidup berkelompok tetapi saling dipisahkan oleh tembok batu dan besi. Ciri-ciri individualistic jelas ketara dapat dilihat semakin membimbangkan sehingga kita enggan menegur salah laku anak-anak jiran kita mahupun remaja di sekeliling. Budaya berpasangan, duduk berdua-duan di tempat sunyi mahupun di tempat awam sehinggakan menimbulkan permandangan yang tidak enak dilihat menjani satu fenomena yang sangat dasyat. Kita jarang berkongsi nilai-nilai baik sosial seperti mana masyarakat dahulu. Budaya saling tegur sapa, Bantu membantu, mesra serta prihatin terpaksa dilaungkan kerana kemerosotannya di dalam gaya hidup masyarakat kini.  Kerana itulah timbulkan cogan kata ‘Budi bahasa budaya kita’, konsep 1 Malaysia dan pelbagai konsep dan cogankata bagi memastikan masyarakat bersatu padu dan membudayakan konsep kemasyarakatan. Dunia luar ibarat lorong, tempat hiburan dan mana-mana lubuk untuk remaja melepak menjanjikan keseronokan yang lebih baik. Ditambah pula dengan tarikan daripada rakan yang senasib dengan mereka. Apatah lagi rakan yang senasib itu adalah berlainan jantinan. Ini adalah salah satu cara satu cara remaja melepaskan keinginan serta tekanan mereka. Budaya ini sering kali di salah tafsirkan. Tidak salah untuk para remaja berpasangan tetapi tidaklah sehinggakan melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan mengakibatkan berlakunya masalah remaja.
       III. Masalah Ekonomi Keluarga
Keluarga yang miskin mungkin kurang mampu dalam menyediakan pendidikan sempurna kepada anak, makan dan minum, tempat kediaman serta ketidakboleh capaian kepada kemudahan dan sistem kesihatan yang sempurna. Faktor kemiskinan ini boleh mendorong remaja untuk mencari seseorang yang boleh memberi mereka kemewahan dan memenuhi kehendak mereka. Pada kebiasaannya, pasangan akan menghabiskan wang ringgit demi memuaskan hati pasangan mereka. Dengan itu, pasangan itu tadi akan menurut segala apa yang di kehendakan oleh pasangannya jika semua kehendak dituruti. Untuk memenuhi keperluan mereka dan seterusnya berjinak-jinak dengan aktiviti yang lebih serius seperti melakukan hubungan seks dan melacurkan diri untuk mendapatkan kemewahan atau dalam menanggung perbelanjaan pengajian mereka.
        IV. Media masa dan internet
Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk dielakkan pada zaman ini. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Golongan remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Ibu bapa, guru dan pihak berwajib hendaklah sama-sama membendung gejala ini. Lambakan video seks dan aksi-aksi lucah di internet akan mengundang kepada gejala yang lebih serius kepada golongan ‘couple’ ini. Mereka yang sedang asyik dilamun cinta seakan terpangghil untuk mencuba segalanya. Cerita-cerita cinta yang dipaparkan di panggung wayang, televisyen dan novel-novel cinta akan mengundang perasaan ingin mencari kasih sayang daripada individu lain. Kebiasaanya perasaan ini sering kali di rasai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Apa yang menjadi masalah ialah mereka salah pilih pasangan dan akan menyebabkan berlakunya gejala sosial.

Langkah memgatasi
I.       Institusi keluarga
Keluarga adalah tempat pertama dan paling utama bagi anak dalam mendapatkan pendidikan, kasih sayang, sokongan emosi dan seumpamanya. Kepuasan hubungan kekeluargaan anak dalam keluarga akan menentukan bagaimana anak itu akan bertindak balas terhadap lingkungan keluarga yang ada di sekitarnya. Anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak harmonis, sukar mengembangkan ketrampilan sosialnya. Ini dapat dilihat daripada kurang saling pengertian serta kurang mampu menyesuaikan diri dengan kehendak ibu bapa dan adik beradik, kurang berkomunikasi secara sihat, kurang mengurus diri, kurang mengadakan kerjasama dan hubungan baik. Kurangnya komunikasi ib bapa dengan anak-anak menyebabkan anak-anak membawa haluan sendiri untuk mencari teman. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa menjaga hubungan sesama ahli keluarga agar selalu harmonis.
            II. Didikan Agama
Dalam Islam, ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibu bapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilainilai yang murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari melakukan perkara-perkara maksiat, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu bukanlah sesuatu yang sia-sia.
            III. Peranan media massa
Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Thursday, September 2, 2010

MASALAH SOSIAL

KES PEMBUANGAN BAYI













kes-kes pembuangan bayi yang berlaku di Malaysia mendatangkan kebimbangan kepada seluruh masyarakat. melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan di dada-dada akhbar, masih adakah manusia yang sanggup membuang anak bagi menutup kesalahan sendiri. justeru, langkah-langkah pencegahan perlu diambil untuk membendung masalah ini.



GEJALA HIDU GAM



Gambar ini menunjukkan masalah sosial remaja yang terjebak dengan gejala menghidu gam. Perkara ini perlu diambil serius kerana gejala menghidu gam ini boleh membawa kepada gejala pengambilan dadah dan masalah sosial yang lain.




BUDAYA BERPASANGAN


Budaya berpasangan semakin menjadi-jadi di negara kita dan sudah menjadi budaya bagi mereka yang belum berkahwin untuk berjalan berdua-duaan, berpegangan tangan mahupun ada yang berpelukan. walaupun ia dilakukan di khalayak ramai, perkara ini sudah semestinya haram di dalam agama Islam. Budaya berpasangan ini menjadi lebih serius apabila terjadinya kes seks bebas dan maksiat.



MASALAH KESESAKAN LALULINTAS







Ramai yang tidak tahu bahawa kesesakan lalulintas adalah masalah sosial yang agak membimbangkan. kesesakan lalulintas ini biasanya berlaku pada waktu puncak di mana orang ramai ingin menunaikan tanggungjawab mereka dengan menghantar anak ke sekolah dan untuk ke tempat kerja. masalah ini juga akan menyumbang kepada masalah tekanan kepada pemandu da menyebabkan mereka hilang rasa untuk bekerja dan boleh menyebaban marah. perkara ini perlu di atasi dengan mengadakan laluan alternatif bagisetiap perjalanan dan mengambil inisatif untuk keluar awal dari rumah.