Monday, August 30, 2010

MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI


Ketika kerajaan dan pertubuhan kerajaan yang lain sedang rancak melancarkan kempen pengurangan gejala sosial, kes pembuangan bayi terus meningkat setiap hari. Bilangannya tidak pernah berkurangan. Bilangan yang meningkat adalah daripada bayi yang ditemui, tidak di kira lagi janin-janin yang dibuang dan terus dilenyapkan. Apa yang membimbangkan adalah kes pembuangan bayi ini menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Peningkatan jumlah pembuangan bayi ini seolah-olah ingin memberitahu pihak kerajaan bahawa apa yang kerajaan lakukan langsung tidak menakutkan mereka.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ada menyatakan bahawa ingin mengawinkan pasangan remaja malah ingin menampung perbelanjaan perkahwinan mereka. Satu sekolah khas untuk ibu muda yang hamil juga ingin ditubuhkan. Persoalannya di sini adakah usaha-usaha ini dapat mengatasi masalah pembuangan bayi seterusnya mengurangkan angka bayi yang di buang?
Usaha-usaha dilakukan adalah kerana rasa malu kerajaan yang didorong oleh sikap remaja yang mahu berseronok dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan. Sudahnya pula, bayi-bayi akan menemui  ajalnya di lorong-lorong sunyi, tong sampah, di parit mahupun sungai. Rasa belas kasihan dan usaha untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa ini sering dipaparkan di dada akhbar dengan gambar-gambar bayi yang di buang. Namun, usaha ini seakan sia-sia sahaja bahkan menjadikan angka bayi yang dibuang semakin meningkat.
Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006. JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu  Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah  65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan perkara  ini berlarutan. 


STATISTIK
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,  sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik  ini  telah dinyatakan  sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008.
Melihat kepada statistik tersebut,  ternyata kes pembuangan bayi  dan kelahiran  anak  tidak sah taraf adalah penyebab utama daripada masalah  sosial  yang berlaku dalam  kalangan  masyarakat kita hari ini terutamanya  dalam  kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat  banyak  faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini. Faktor  keluarga, rakan-rakan, persekitaran, media massa  dan media cetak merupakan  faktor  yang  menyumbang ke arah berlakunya gejala ini. Tidak kurang ada  segelintir masyarakat yang menyalahkan keluarga sebagai punca utama kepada
permasalahan tersebut. 


FAKTOR BERLAKUNYA PEMBUANGAN BAYI

Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya didikan agama dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.

Apabila didikan agama tidak ada, di dedahkan pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat. 

Faktor  perkahwinan yang menyusahkan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal nafsu mereka terpesong dan melakukan zina, dan seterusnya menghasilkan anak luar nikah.Tidak ada pengawasan  daripada ibu bapa, mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih sayang adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk mendekati masyarakat untuk meminta pertolongan.


LANGKAH MENGATASI

Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Justeru, semua pihak disaran agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku. Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu. Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas. Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk hidup.

Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan untuk dijadikan sebagai perisai diri. Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Semua pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita



Thursday, August 26, 2010

TEORI KERJA SOSIAL (TEORI SISTEM)

 
Menurut Bisman (1994), teori merupakan satu set penyataan yang dapat menerangkan atau menjangkakan sesuatu fenomena bagi memperjelaskan sesuatu angkubah. Greene (1991) pula menghuraikan bahawa teori merupakan satu konsep logik yang dapat menyediakan pemahaman asas untuk membenuk kerangka-kerja dalam meneliti sesuatu fenomena danmenyediakan prinsip yang komprehensif lagi ringkas untuk menerangkan serta menjangkakan sesuatu. Teori dapat menolong kita mengenalpasti perkatan dan memperjelaskan kita kepada faktor-faktor  yang boleh menerangkan sesuatu fenomena. Kepentingan teori dapat diterangkan sebagai satu instrument yang menyediakan pengetahuan asas untuk melakukan penilaian ke atas sesuatu situasi ke arah mebentuk dan menjalankan itervansi yang berkesan.

Antara teori dan model yang digunakan dalam praktis atau intervansi kerja sosial ialah teori sistem, teori kognitif, model tingkahlaku, model sosial psikologi dan komunikasi, model humanist dan ‘existential’ serta teori feminisma (Payne, 1991).

TEORI SISTEM terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Teori Sistem Umum (General System Theory) dan Teori Sistem Ekologikal (Ecological system theory) (Payne, 1991). Sejarah awal teori sistem dalam sains sosial dikatakan bermula dari idea-idea dan penulisan Talscott Parson (Gouldner, 1972). Teori ini mula diberi perhatian oleh komuniti saintifik di sekitar tahun 1960an (Greene, 1991). Teori sistem ini boleh dikaitkan dengan pandangan seorang ahli biologi iaitu Von Bertalanffy (1968). Bertalanffy menerangkan teori ini sebagai teori biologi yang menyatakan bahawa setiap organisma merupakan satu sistem yang terdiri dari sub-sistem dan merupakan sebahagian dari super-sistem.

Chin (1978) menerangkan bahawa sistem boleh terdiri daripada berbagai saiz kompleksiti dan ‘concreteness’. Saiz unit ini boleh terdiri dari individu, kumpula kecil, organisasi, komuniti, negara ataupun dunia. Teori sistem umum bukan merupakan satu bentuk pengetahuan tetapi ia merupakan teori yang mempuyai kandungan bebas, satu set andaian atau peraturan yang sangat abstrak. Ia mulanya merupakan ‘working hypothesis’ yang mana fungsi utamanya adalah menyediakan model teoritikal untuk memperjelaskan dan meramalkan serta bagaimana sesuatu fenomena itu berlaku dan kaitannya dengan fenomena-fenomena yang lain. Ia merupakan satu kerangka-kerja, metatheori dan model dalam pengertian yang luas. Teori sistem menlong memahami individu atau kumpulan dalam bentuk konsep seperti struktur, sempadan, persamaan, interaksi dan saling pergantungan sesama sendiri, konflik serta sumber input dan output dar sistem tersebut.  

Teori sistem umummenyediakan satu skim konseptual yang menyeluruh kearah memahami inteaksi antara beberapa angkubah. Teori ini tidak menerima penerangan yang mudah dalam sesuatu isu tetapi ia menolong menganalisis maklumat dari berbagai disiplin yang berbeza. Prinsip dalam sistem teori ini berguna untuk membentuk rangka kerja teoritikal dalam meneliti perlakuan manusia (Greena, 1991). Teori sistem menolak penjelasan terhadap penyebab dan kesan yang mudah.

Cotohnya, seorang kanak-kanak yang didera boleh diterangkan oleh beberapa aspek, andaian yang boleh dibuat dalam keadaan ini antaranya, kemampuan ibubapa yang mendera mengawal perasaan marah,perhubungan antara ibu dan bapa, darjah tekanan psikologi yang dialami, karektor dan personaliti kanak-kanak itu sendiri.

Menurut Parson, menganalisa sistem sosial melibatkan pembentukan satu sistem konsep yang menerangkan gambaran sistem masyarakat tersebut pada setiap peringkat dan bagaimana saling kait antara satu perngkat dengan peringkat yang lain. Contohnya, di kalangan sistem individu, sistem sosial dan corak budaya. Parson menitikberatkan integrasi di dalam sistem sosial itu sendiri dan juga antara sistem sosial dengan sistem individu (Turner, 1978). Contohnya, di kalangan sistem individu, sistem sosial dan crak budaya. Parson menitikberatkan integrasi di dalam sistem sosial itu sendiri dan juga antara sistem sosial dengan sistem indivdu (Turner, 1978).

Sejak 1970an berlaku peningkatan dalam penggunaan teori sistem dalam kerja sosial. Pada ketika ini mula muncul teori ekologikal dan ‘life model’ yang mana kedua-duanya menggunakan idea teorisistem. Teori ekologikal ini mula di praktikan sekitar tahun 1970 dan ianya merupakan sebahagiaan dari hasil kesedaran tentang pentingnya persekitaran yang kondusif bagi menjamin kualiti hidup masyarakat (Greena, 1991).  Teori ini pada amnya menerangkan kepentingan mewujudkan keseimbangan dari saling tindak antara elemen atau subsistem dalam persekitaran manusia atau individu (Zastrow, 1995).

Sunday, August 22, 2010

BAGAIMANAKAH KEFUNGSIAN SOSIAL SESEORANG INDIVIDU ITU DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH SOSIAL.

Kefungsian sosial adalah satu aktiviti yang sangat penting untuk mngkapkan hubungan-hubungan antara komponen dan kehidupan seharian. Apa yang dimaksudkan di sisni ialah kefungsian sosial itu adalah keperluan manusia dalam sesebuah rol atau status mereka. Apabila seseorang manusia berada di dalam kelompok tertentu, mereka harus memainkan peranan yang sepatutnya apabila berada di kelompok tersebut. Seperti contoh, seorang pelajar memerlukan rakan-rakan untuk melakukan tugasan berkumpulan dan rakan-rakan untuk menjadi teman mereka. Seorang pelajar juga memerlukan tempat untuk belajar, guru, dan kemudahan asas yang menjadi kebiasaan bagi keperluan sorang pelajar. Apabila salah satu keperluan seorang pelajar itu tidak dapat di capai maka kefungsian sosial pelajar tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Apabila sesebuah status sosial atau kelompok masyarakat tidak berfungsi dengan baik, maka akan berlaku perlbagai masalah sosial dalam negara ini. Hal ini kerana, masalah sosial akan terjadi apabila seseorang manusia itu tidak dapat apa yang mereka inginkan di dalam intitusi yang mereka duduki. Maka, mereka akan keluar dari institusi tersebut dan mencari apa yang mereka inginkan di luar. Apabila hal ini berlaku, kemungkinan besar individu ini tidak dapat mencari tempat yang sepatutnya bagi memenuhi keperluan mereka. Perkara inilah yang akan menyebabkan berlakunya masalah sosial.

Seperti contoh, sebuah system keluarga mempunyai ibu, ayah , dan anak-anak. Mereka memainkan peranan masing-masing dalam institusi kekeluargaan. Anak-anak memerlukan kasih saying dan belaian daripada ibu bapa. Mereka juga memerlukan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Apabila anak-anak ini tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka, mereka akan sedaya upaya mencari individu lain yang boleh member perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Hal ini kebiasaanya terjadi kepada institusi keluarga yang kedua-dua ibu bapa mereka bekerja dan tiada masa untuk anak-anak. Oleh sebab itu, anak-anak akan keluar untuk mencari belaian kasih sayang. Di sini kita dapat lihat anak-anak ini mula untuk mecari teman lelaki mahupun temam perempuan yang sanggup mendengar luahan dan memberikan perhatian. Lama kelamaan perkara ini boleh di anggap serius apabila ia akan menyebabkan salah laku dan masalah sosial seperti rogol, melahirkan anak luar nikah, dadah, dan pelbagai masalah sosial. Apabila anak-anak tidak mendapat perhatian daripada ibu-bapa, rakan-rakan dan individu lain lah menjadi tempat mereka melepaskan perasaan. 

Selain itu juga, kefungsian sosial sangat penting bagi menjamin kestabilan negara. Hal ini kerana, setiap system sosial di dalam negara mempunyai keperluan dan fungsi mereka sendiri. Jika kefungsian sosial tersebut tidak dapat di capai, maka mudah lah bagi negara-negara lain untuk memecahbelahkan masyarakat di negara kita. Oleh itu, kefungsian sosial adalah sangat penting bagi menjamin kestabilan negara dan seterusnya dapat mencegah berlakunya masalah sosial.