Menurut Bisman (1994), teori merupakan satu set penyataan yang dapat menerangkan atau menjangkakan sesuatu fenomena bagi memperjelaskan sesuatu angkubah. Greene (1991) pula menghuraikan bahawa teori merupakan satu konsep logik yang dapat menyediakan pemahaman asas untuk membenuk kerangka-kerja dalam meneliti sesuatu fenomena danmenyediakan prinsip yang komprehensif lagi ringkas untuk menerangkan serta menjangkakan sesuatu. Teori dapat menolong kita mengenalpasti perkatan dan memperjelaskan kita kepada faktor-faktor yang boleh menerangkan sesuatu fenomena. Kepentingan teori dapat diterangkan sebagai satu instrument yang menyediakan pengetahuan asas untuk melakukan penilaian ke atas sesuatu situasi ke arah mebentuk dan menjalankan itervansi yang berkesan.
Antara teori dan model yang digunakan dalam praktis atau intervansi kerja sosial ialah teori sistem, teori kognitif, model tingkahlaku, model sosial psikologi dan komunikasi, model humanist dan ‘existential’ serta teori feminisma (Payne, 1991).
TEORI SISTEM terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Teori Sistem Umum (General System Theory) dan Teori Sistem Ekologikal (Ecological system theory) (Payne, 1991). Sejarah awal teori sistem dalam sains sosial dikatakan bermula dari idea-idea dan penulisan Talscott Parson (Gouldner, 1972). Teori ini mula diberi perhatian oleh komuniti saintifik di sekitar tahun 1960an (Greene, 1991). Teori sistem ini boleh dikaitkan dengan pandangan seorang ahli biologi iaitu Von Bertalanffy (1968). Bertalanffy menerangkan teori ini sebagai teori biologi yang menyatakan bahawa setiap organisma merupakan satu sistem yang terdiri dari sub-sistem dan merupakan sebahagian dari super-sistem.
Chin (1978) menerangkan bahawa sistem boleh terdiri daripada berbagai saiz kompleksiti dan ‘concreteness’. Saiz unit ini boleh terdiri dari individu, kumpula kecil, organisasi, komuniti, negara ataupun dunia. Teori sistem umum bukan merupakan satu bentuk pengetahuan tetapi ia merupakan teori yang mempuyai kandungan bebas, satu set andaian atau peraturan yang sangat abstrak. Ia mulanya merupakan ‘working hypothesis’ yang mana fungsi utamanya adalah menyediakan model teoritikal untuk memperjelaskan dan meramalkan serta bagaimana sesuatu fenomena itu berlaku dan kaitannya dengan fenomena-fenomena yang lain. Ia merupakan satu kerangka-kerja, metatheori dan model dalam pengertian yang luas. Teori sistem menlong memahami individu atau kumpulan dalam bentuk konsep seperti struktur, sempadan, persamaan, interaksi dan saling pergantungan sesama sendiri, konflik serta sumber input dan output dar sistem tersebut.
Teori sistem umummenyediakan satu skim konseptual yang menyeluruh kearah memahami inteaksi antara beberapa angkubah. Teori ini tidak menerima penerangan yang mudah dalam sesuatu isu tetapi ia menolong menganalisis maklumat dari berbagai disiplin yang berbeza. Prinsip dalam sistem teori ini berguna untuk membentuk rangka kerja teoritikal dalam meneliti perlakuan manusia (Greena, 1991). Teori sistem menolak penjelasan terhadap penyebab dan kesan yang mudah.
Cotohnya, seorang kanak-kanak yang didera boleh diterangkan oleh beberapa aspek, andaian yang boleh dibuat dalam keadaan ini antaranya, kemampuan ibubapa yang mendera mengawal perasaan marah,perhubungan antara ibu dan bapa, darjah tekanan psikologi yang dialami, karektor dan personaliti kanak-kanak itu sendiri.
Menurut Parson, menganalisa sistem sosial melibatkan pembentukan satu sistem konsep yang menerangkan gambaran sistem masyarakat tersebut pada setiap peringkat dan bagaimana saling kait antara satu perngkat dengan peringkat yang lain. Contohnya, di kalangan sistem individu, sistem sosial dan corak budaya. Parson menitikberatkan integrasi di dalam sistem sosial itu sendiri dan juga antara sistem sosial dengan sistem individu (Turner, 1978). Contohnya, di kalangan sistem individu, sistem sosial dan crak budaya. Parson menitikberatkan integrasi di dalam sistem sosial itu sendiri dan juga antara sistem sosial dengan sistem indivdu (Turner, 1978).
Sejak 1970an berlaku peningkatan dalam penggunaan teori sistem dalam kerja sosial. Pada ketika ini mula muncul teori ekologikal dan ‘life model’ yang mana kedua-duanya menggunakan idea teorisistem. Teori ekologikal ini mula di praktikan sekitar tahun 1970 dan ianya merupakan sebahagiaan dari hasil kesedaran tentang pentingnya persekitaran yang kondusif bagi menjamin kualiti hidup masyarakat (Greena, 1991). Teori ini pada amnya menerangkan kepentingan mewujudkan keseimbangan dari saling tindak antara elemen atau subsistem dalam persekitaran manusia atau individu (Zastrow, 1995).
No comments:
Post a Comment